Sunday, December 30, 2018

PENGENALAN BILIK TECC DI POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU



                          

                 17 DISEMBER 2018

   Hari dimana saya dan kawan-kawan memasuki bilik TECC dalam subjek Usul Fiqh . Majoriti pelajar Politeknik Metro Johor bahru mengatakan bahawa bilik TECC ini adalah bilik kuliah yang paling seronok dengan kemudahan yang canggih dan saya tidak nafikan ianya betul . Buat pertama kalinya saya datang ke bilik TECC ini saya merasa sedikit kebudak-budakkan kerana suasananya yang ceria seperti di tadika HAHAHAHA.
                     

   Saya bersama rakan sekelas saya Hail , kami berbual tentang menariknya bilik TECC ini dan kemudahan yang canggih . Kerusi yang saya duduk itu sangat selesa dan empuk bagaikan duduk di kuih Pau yang gebu HAHAHAHA . Daripada perbualan saya itu , Saya mendapat tahu bahawa bilik kuliah ini boleh memasang layar lebar bagi pelajar Politeknik Metro Johor Bahru yang ingin menonton perlawanan bola sepak secara live.

   Setelah saya memijakkan kaki di Politeknik Metro Johor Bahru ini banyak ilmu yang telah saya perolehi , pelbagai perangai manusia yang saya telah jumpa dan saya pasti semua ini hanyala sekadar permulaan . Sekian ini sahaja cerita saya untuk hari ini , Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment